top of page

Ceramah dan Demonstrasi Pengungsian Bangunan (Firedrill)

Pada 2.30 petang 5 Mei 2017, satu ceramah dan demonstrasi berkaitan kebakaran telah diadakan di Dewan Kuliah IPGKPT. Program anjuran Biro Kolej Kediaman JPP IPGKPT dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai ini diisi dengan ceramah keselamatan kebakaran oleh Tuan Masda bin Saminggu dari Balai Bomba Nilai dan seterusnya demonstrasi penggunaan alat pemadam api di kawasan letak kereta berhampiran.

Tepat jam 3.30 pagi 6 Mei 2017, latihan pengungsian bangunan kolej kediaman pula diadakan dengan siren dibunyikan di seluruh kawasan kolej kediaman. Program diseliakan anggota Balai Bomba Nilai bersama Pn. Normala bt. Mohd. dan En. Rubaie b. Said selaku warden kolej kediaman. Kemudian, Tuan Masda bin Saminggu yang turut hadir memberikan laporan dan penambahbaikan dari aktiviti berkenaan. Program berakhir pada jam 5.00 pagi dengan penyampaian cenderamata dan jamuan sarapan.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page