Lawatan Penanda Arasan ke Miri, Sarawak
Pada 30 April hingga 3 Mei, barisan JPP bersama Jabatan HEP serta Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKPT telah mengadakan lawatan penanda arasan ke Miri, Sarawak, berpusat di IPGK Sarawak (IPGKS). Rombongan berlepas dari KLIA2 pada jam 12 tengah hari dan tiba di IPGKS pada jam 3. 00 petang.
Hari pertama diisi dengan lawatan ke Muzium Petroleum, bersiar-siar di sekitar bandar Miri dan slot khas Bicara Pemimpin bersama En. Jamiran bin Salam, Pengarah IPGKS.
Hari kedua pula dipenuhi dengan aktiviti seperti kembara ke Taman Negara Niah dan lawatan mesra ke Rumah Panjang Rh. Patrick Libau.
Hari ketiga dihiasi dengan lawatan ke SK Sungai Entulang (SKSE) yang diisi dengan majlis perasmian yang dihadiri oleh Pengarah IPGKPT dan IPGKS, Timbalan Pengarah IPGKPT, staf JHEP dan barisan JPP kedua-dua kampus, dan masyarakat rumah panjang berhampiran. Fasilitator dari JPP IPGKPT kemudiannya mengadakan aktiviti Fun Learning bersama murid-murid SKSE. pada sebelah petang pula, Diskusi JPP dan perlawanan bola tampar dan futsal persahabatan serta senaman zumba telah diadakan. Acara kemuncak berlangsung pada sebelah malam dengan majlis perasmian penutupan diadakan di Dewan Muhibah, IPGKS yang dihadiri oleh kesemua warga IPGKS. Majlis diserikan lagi dengan persembahan seperti tarian Orang Ulu dari IPGKS dan tarian Dabus dari IPGKPT serta persembahan nyanyian dari kumpulan Mulu Bats dan wakli IPGKPT.
Hari terakhir pula dimanfaatkan untuk membeli cenderamata sebelum berlepas pulang dan tiba di IPGKPT pada jam 6 petang.