top of page

Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah 2016

Pada 5-8 Ogos 2016, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah (ASPeRa) telah menganjurkan Konvensyen Sekretariat Pencegahan Rasuah 2016 yang diadakan di UIAM Gombak, Selangor. Konvensyen dwitahunan ini telah mengumpulkan ahli-ahli Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) seramai hampir 400 orang dari universiti awam (UA), IPTS, IPG dan Institut Pendidikan MARA (IPMa). SPR IPGKPT turut tidak ketinggalan dengan menghantar seramai 6 orang wakil ke konvensyen ini.

Konvensyen ini telah dibuka secara rasmi oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara tajuk pembentangan kertas kerja

1. Integriti & Mahasiswa oleh Dato' Hamidon b. Abdul Hamid, Pengarah Pusat Perhubungan Komuniti UIAM

2. Generasi Masa Depan: Hala Tuju dan Tindakan Belia dalam Memerangi Rasuah oleh Dato' Shamshun Baharin b. Mohd. Jamil, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM

3. Agen & Key-Communicator SPRM: Ancaman Rasuah kepada Keselamatan Global oleh KPKPj Azmi b. Kamarulzaman, Timbalan Pengarah (Kawalan Zon), Bahagian Perisikan, SPRM

4. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindungan Saksi 2009: Perlindungan atau Populariti oleh KPKPj Saiful Ezral b. Arifin, Pegawai Bahagian Siasatan, SPRM

5. Peranan Belia dalam Gerakan Anti Rasuah oleh PPj Siti Zakiah bt. Che Man, Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM

6. Role of Youth in Fighting Corruption oleh Empowering Youth Endeavours (EYE)

Konvensyen ini turut diisi dengan sesi LDK, perbincangan meja bulat, pertandingan kreatif anti rasuah dan 'forum busker' bertajuk Mahasiswa Pencetus Gelombang Transformasi Belia Berintegriti.

Konvensyen ini turut mencatat sejarah apabila termeterainya Resolusi Gombak 2016. Antara kandungan resolusi tersebut adalah;

1. Elemen integriti dan anti rasuah dapat diserapkan dalam pembangunan kurikulum seluruh institut pengajian tinggi di Malaysia.

2. Melahirkan masyarakat dan pelajar yang mengamalkan sikap sederhana bagi menangkis budaya negatif kepada diri dan masyarakat dalam memerangi rasuah.

3. Mewujudkan aplikasi rasmi sekretariat pencegahan rasuah.

4. Mendidik mahasiswa berani tampil ke hadapan untuk menyampaikan maklumat berhubung rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

5. Mahasiswa sebagai ejen penghubung antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masyarakat dalam usaha membasmi rasuah.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • YouTube Classic
bottom of page