top of page

Aktiviti-aktiviti Menarik Pada 23 Dan 24 Julai 2016

Pada 23/07/16 dan 24/07/16 banyak aktiviti-aktiviti menarik telah berlaku di dalam IPGKPT dan juga di luar IPGKPT. Bagi siswa pendidik IPGKPT yang tidak tahu, beberapa siswa pendidik IPGKPT telah mengikuti pertandingan di dalam dan luar IPGKPT. Malahan lebih membanggakan lagi mereka telah mengharumkan lagi nama IPGKPT.

Antara pertandingan yang berlaku ialah Pertandingan Ragbi yang telah diadakan di IPRM! Sebanyak 10 pasukan telah bertanding di kejohanan 10 sebelah anjuran IPRM. Pasukan IPTEK KNIGHTS telah berjaya memperolehi Johan dalam Kategori Plate. Tahniah diucapkan kepada pasukan IPTEK KNIGHTS!

Selain itu, sebanyak 9 orang siswa pendidik IPGKPT juga telah mengikuti Pertandingan Catur Piala Pengarah di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Walaupun pertama kali menyertai kejohanan tersebut mereka telah berjaya memperolehi kedudukan kedua secara keseluruhan bagi kategori catur lelaki dan wanita. Kejayaan para pejuang ini telah mengharumkan lagi nama IPG Teknik. Marilah kita sama-sama ucapkan tahniah bagi mereka semua.

Disamping mengikuti pertandingan, IPG kita juga turut menganjurkan pertandingannya sendiri. Pada 23 Julai 2016 Jabatan PJK telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pengarah IPGKPT 2016. Pertandingan ini telah berjalan dengan jayanya. Penyertaan daripada pensyarah dan pelajar memeriahkan lagi kejohanan ini disamping dapat mengeratkan hubungan antara pensyarah dan pelajar. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page