top of page

Bengkel Smart Solat

  • Writer: Admin
    Admin
  • Apr 24, 2016
  • 1 min read

Tarikh : 15-16 April 2016

Tempat : IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek

Anjuran : Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Pada 15 April 2016 (jumaat) program ini melibatkan semua siswa pendidik semester 2 PPISMP Jun 2015 yang beragama Islam. program ini dimulakan dengan pendaftaran perserta pada jam 3.00 petang di dewan kuliah IPG KPT dan diteruskan dengan ceramah Bacaan Solat yang Sempurna : Rukun Qauli oleh Dr. Fatimah binti Dahalan. Seterusnya, jam 5.00 - 6.00 diteruskan lagi aktiviti program dengan iaitu bengkel pertama yang dikendalikan oleh fesilitator dari kelab Asy-Syakirin. aktiviti diteruskan lagi dengan bengkel ke-2 selepas solat isyak sehingga jam 10.30 malam.

Pada 16 April 2016 program dimulakan dengan Qiamullail pada jam 4.00 pagi. Seterusnya, ceramah dari Tuan Hj. Nor Azamir Bin Hj. Alias yang bertajuk Solat yang Sempurna dan Tuntutannya Ke Atas Mukallaf. Aktiviti ini melibatkan siswa pendidik semester 2 PPISMP bersama jemputan pelajar Pendidikan Khas dari SMK KLIA. Program diakhiri dengan perasmian majlis penutup oleh Timbalan Pengarah.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • YouTube Classic
bottom of page