INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
JUNIOR ACADEMICIAN
MEREBUS
​
Maksud: Memasak sesuatu dalam air.
Contoh ayat
Nenek merebus ubi keledek untuk sarapan.
MENANAK
​
Maksud: Memasak nasi (dalam periuk, kawah)
Contoh ayat
Emak menanak nasi seperiuk kecil.
MENUMIS
​
Maksud: Memasak (lauk, sayuran, dan lain-lain) dengan menggunakan minyak atau lemak.
Contoh ayat
Ibu menumis bawang sehingga garing.
MENGHIRIS
​
Maksud: Memotong nipis-nipis
Contoh ayat
Nurul sedang menghiris daun pandan untuk dibuat bunga rampai.
MEMBELAH
​
Maksud: Memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: membelah kayu api
Contoh ayat
Datuk membelah buluh menggunakan pisau.
MENJERANG
​
Maksud: Meletakkan (periuk) di atas api untuk memasak air.
Contoh ayat
Kakak menjerang air untuk minum petang.
MEMANGGANG
​
Maksud: Memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: memanggang ikan
Contoh ayat
Ai Lin memanggang ikan hasil tangkapan ayahnya.
MENCELUR
​
Maksud: Memasukkan (mencelupkan) sesuatu (seperti sayur) utk beberapa ketika ke dalam air panas (supaya lembut)
Contoh ayat
Kakak mencelur sayur kangkung ke dalam periuk yang berisi air.
MEMOTONG/MEMENGGAL/MENGERAT
​
Maksud:
Memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan); 3. menebang (kayu, pokok); 4. menyembelih (binatang); 5. menggunting (rambut)
Contoh ayat
Areesa meminta penjual daging itu menghiris daging lembu untuknya.
MERAUT
​
Maksud:
Meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan lain-lain) dengan pisau: meraut rotan penjalin lukah; meraut pensel dengan pisau.
Contoh ayat
Kita harus berhati-hati semasa meraut pensel dengan pisau.